BAB 7 PELABURAN

Posted: November 2, 2014 in BAB 7 PELABURAN
Tags:

PELABURAN

BAB 7 : PELABURAN

a} Maksud Pelaburan.

Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa

ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

  1. b) Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator.
                  Pelabur                  Spekulator
  1. Membeli syer untuk mendapatkanpulangan dalam bentuk dividen/syer

bonus.

  1. membeli syer pada harga rendahdan jual pada harga yang tinggi

untuk mendapatkan keuntungan.

  1. Beli syer untuk disimpan dalamjangka masa panjang dengan

harapan prestasi syarikat berkem-

bang dan harga syernya naik.

  1. Membeli dan menjual syer dalamjangka masa singkat untuk

mendapatkan keuntungan daripada

perbezaan harga.

  1. Penglibatan pelabur mencergaskanpasaran saham dan mengukuhkan

harga pasaran.

  1. Penglibatan Spekulator melemahkanpasaran saham kerana harga saham

turun dan naik dengan tidak

menentu.

  1. Pelabur sentiasa berhati-hatimelakukan analisis kewangan dan

memperolehi maklumat prestasi

syarikat sebelum membeli saham

syarikat.

  1. Spekulator sentiasa membuatramalan sesuatu harga syer.

Tindakannya dipengaruhi khabar

angin, sikapnya keterlaluan boleh

menjejaskan pasaran saham.

 

invest

JENIS PELABURAN.

  1. a) Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan.

–          melabur di bank/institusi kewangan.

–          Pelaburan tanpa risiko.

–          Keuntungan rendah.

–          Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.

–          Kelebihan :

  1. Pulangan tetap.
  2. Simpanan selamat.
  3. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.
  4. b) Harta Tanah.

5777182

–          Contoh : Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dsb.

mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan

pendapatan semasa.

  1. c) Saham.

–          pelaburan yang dibuat oleh Sy. Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.

–         Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan
syarikat.

–   2  jenis iaitu :

(i)  Saham disenaraikan.

–  saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.

(ii)  Saham tidak disenaraikan.

–  saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham

secara rasmi.

(i).  Jenis Saham.

 

Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

            Syer Biasa.        Syer Keutamaan.
  1. Kadar dividen sentiasa berubahmengikut keuntungan syarikat.
  2. Kadar dividen ditetapkan olehsyarikat setiap tahun.
  3. Pemegang syer menerima dividensetelah pemegang syer keutamaan
menerima dividen mereka.
  1. Pemegang syer dibayar dividenterlebih dahulu daripada pemegang

syer biasa.

  1. Pelabur berhak mengundi untukmemilih Lembaga Pengarah di dalam

mesyuarat agung tahunan.

  1. Pelabur tidak berhak mengundi.
  2. Pihak terakhir untuk menuntut balikmodal jika  syarikat dibubarkan.
  3. Diberi keutamaan menuntut balikmodal jika syarikat dibubarkan.

Syer keutamaan dibahagi kepada 4 jenis :

  1. Kumalatif.

– dibayar dividen semasa dan tunggakan dividen jika syarikat rugi pada

tahun kewangan lepas.

  1. Penyertaan.

–          kadar dividen tetap dan dividen tambahan dibayar selepas pembayaran dividen kepada pemegang
syer biasa.

  1. Boleh Tebus.

–          Harga syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan.

–          Syer ini boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu selepas suatu tempoh masa.

  1. Boleh tukar.

–  Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.

–  Pemegang syer akan terima faedah sepertimana pemegang syer biasa.

(ii) Pulangan atas saham.

–  dalam bentuk syer bonus, dividen dan keuntungan modal.

Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.

Kes  Puan Salmi memiliki 5000  8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat  ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen

12 % terhadap syer biasa.

Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i).   Pendapatan dari syer keutamaan.

5000 x RM 2.00 x 0.08  =  RM 800.00

  1. ii)   Pendapatan dari syer biasa.

5000 x RM 1.00 x 0.12  =  RM 600.00

iii)  Pendapatan dari Debentur.

RM 3000 x  0.06            =  RM 180.00

  1. iv)  Jumlah Pendapatan.

RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

bm1

iii)          Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

  1. Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.

– BSKL menyediakan tempat untuk memudahkan pelabur menjalankan urusniaga syer.

  1. Menyebarkan maklumat  kewangan syarikat kepada orang lain. – melalui media massa tentang kedudukan kewangan  sesebuah syarikat.
  2. Melindungi kepentingan para pelabur.

dengan cara :-

–  mengenakan syarat-syarat penyeneraian yang ketat.

–  mewajibkan broker menyumbang wang tertentu kepada

Tabung Jaminan Setia untuk dibayar pampasan kepada

para pelabur yang tertipu.

–  mewajibkan semua syarikat awam menerbitkan maklumat

tentang operasi, prestasi keuntungan untuk pengetahuan

para pelabur.

  1. Menjalankan urusniaga saham.

– untuk memudahkan pelabur menjual syer dan perolehi

Wang tunai pada bila-bila masa.

  1. Membantu mengumpulkan modal daripada orang ramai untuk pembangunan negara.
  2. Menimbulkan minat melabur di kalangan orang ramai dengan menganjurkan pelbagai program.

Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

  1. Keadaan ekonomi Negara.

– Jika ekonomi kukuh, pelaburan meningkat, maka harga Saham naik dan sebaliknya.

  1. Keadaan Politik.

– Jika politik stabil, pelaburan meningkat, harga saham naik  dan sebaliknya.

  1. Aktiviti Spekulasi.

-Spekulator yang membeli dan menjual syer akan  mempengaruhi turun naik harga syer.

  1. Kualiti Pengurusan dan Prospek Syarikat.

– Syarikat yang mempunyai pengurusan yang cekap  menyebabkan harga saham naik  dan sebaliknya.

  1. Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.

– Jika kerajaan menggalakkan penawaran wang di pasaran, maka BNM akan  mengurangkan kadar faedah  pinjaman.

– Ini mengggalakkan orang ramai meminjam untuk membuat  pelaburan. Maka harga saham meningkat dan sebaliknya.

Cara Membeli dan Menjual Saham.

  1. Bagi saham yang tidak disenaraikan di BSKL ialah melalui broker saham.
  2. Bagi menjual saham tersenarai di BSKL seperti berikut :

(i).      Penjual hubungi broker untuk memberitahu butir-butir saham yang

hendak dijual.

(ii).      Broker menghantar maklumat tersebut di bilik padanan diBSKL.

(iii).     Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada.

Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka

Urusniaga berlaku.

  1. d) Unit Amanah.

–          Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.

–          Diuruskan oleh pengurus professional.

–          Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.

–          Risiko kerugian rendah.

–          Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR.

  1. Pelabur perlu mendapat maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.
  2. Pastikan keuntungan maksimum boleh diperolehi samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.
  3. Mengambilkira risiko dalam pelaburan. Jika pelabur kurang mahir, boleh melabur dalam pelaburan yang kurang risiko dan sebaliknya.
  4.          Modal sedia ada. Sekiranya pelabur bermodal kecil sesuai melabur dalam pelaburan  berisiko  rendah seperti Unit Amanah   atau di bank.
  5.    Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar kebentuk wang tunai.

Contoh : aset mudah cair – simpanan di bank.

aset tidak mudah cair – harta tanah.

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN 

NOTA POWERPOINT: JENIS MILIKAN PERNIAGAAN

download

  1.       MILIKAN TUNGGAL

–        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya

–        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik

–        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad

–        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal

– Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

  1. Permohonan carian nama – Borang PNA 42
  2. Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
  3. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan – Borang D

 karto33

  1. PERKONGSIAN

–        perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang

–        pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah

Akta Perkongsian 1961

–        ada tiga jenis rakan kongsi

  1.       Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif dalam perniagaan
  2.      Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan.
  3.      Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama

           disenaraikan sebagai salah seorang pemilik.

 –        semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad

–        agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.

–        keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian

–        sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi

Borang A – Halaman 3

  1. Permohonan carian nama – Borang PNA 42
  2. Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
  3. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

 DSC01616

  1. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD 

–        mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham

–        perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada

ahli keluarga dan sahabat handai.

–        semua pemilik menanggung liabiliti terhad

–        saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham

dibuat dengan persetujuan ahli

–        syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan

pemegang saham syarikat itu.

–        keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam

bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.

Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad

–        ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965

  1. Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
  2. Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
  3.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta

penubuhan  syarikat

  1.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur

pengurusan dalam syarikat.

iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan)

  1. Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
  2. Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan

sebagai setiausaha)

  1. Serahan dokumen
  2. Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat – Borang D

 Slide2

  1. SYARIKAT AWAM BERHAD

–        perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang

ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.

–        saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik

melalui bursa saham.

–        pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.

–        pemegang saham menanggung  liabiliti terhad

–        disenaraikan di bursa saham

–        Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah

yang dilantik .

–        Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai

Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat

–        ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham

–        Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai

setiap tahun.

–        cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad

–        sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:

  1.       Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,

Akta Syarikat 1965

  1.       Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
  2.       Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti

berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.

  1.       Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
  2.       Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer

dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan

f         Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar

Syarikat.

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT

FULL NOTA POWERPOINT- Hubungan IKS dgn Industri Berat
email_marketing_event2
1. Pemasaran Bersepadu (Konsep Payung)
– Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti
membekalkan barang siap dan separa siap.
– Industri kereta memperolehi komponen seperti bateri, pintu,
kusyen dll melalui IKS.
– Melalui pemasaran bersepadu, IKS memperolehi pasaran terjamin
melalui kontrak kerajaan/pasaran terbuka dan bayaran segera.
– Faedah yang diperolehi ialah menambahkan modal perniagaan,
peluang pekerjaan, pengembangan perniagaan, pengurusan lancar
serta mutu dan kuantiti barang ditingkatkan.
Vehicle_Acoustic_Insulation
2. Pengaturan Kontrak Khas
– bermaksud mengikat perjanjian antara frma kecil dengan firma
besar dimana firma kecil berjanji membekalkan keluaran mereka
mengikut syarat dan kriteria ditetapkan.
– Manfaat diperolehi ialah jaminan pasaran keluaran, keluaran dan
keuntungan dapat ditingkatkan dan mendapat pembiayaan daripada
firma yang membeli.
AMIS_CRM_Ban_hang_4
3. Subkontrak
– melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran
daripada syarikat besar kepada IKS mengikut syarat dan
kriteria ditetapkan.
– Contoh komponen kereta seperti kusyen dibekalkan oleh IKS
kepada syarikat kereta.
– Manfaat diterima oleh IKS ialah firma besar membiayai
perbelanjaan seperti pembelian bahan mentah, kemudahan kredit
dan jaminan pasaran antarabangsa.
– Skim Perniagaan Vendor merupakan contoh subkontrak
di mana pengeluar sesuatu komponen akan membekalkan
keluaran kepada syarikat besar/multinasional.

VIDEO IKS

Posted: August 7, 2014 in BAB 5 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

IKS-Logo-1107k

Syarikat perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

nota powerpoint: BAB 5

CIRI-CIRI

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.

3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA

dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit

daripada institusi kewangan.

  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

KEGIATAN IKS

  1. Industri berasaskan sumber

–          berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.

–          seperti rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.

raw_mat_en

  1. Industri berasaskan logam

–          melibatkan kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,

faundari dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera seperti membuat alat ganti jentera.

180px-Screws

  1. Industri berasaskan plastik

–          menghasilkan barang pengguna berasaskan sumber bahan

mentah industri petrokimia seperti menghasilkan bekas plastik.

  1. Industri komponen automatif

–          IKS membekalkan komponen automotif kepada industri membuat kenderaan  seperti lampu kereta, kusyen dll setelah mendapat bimbingan, kepakaran dan bantuan teknologi.

  1. Industri komponen elektrik dan elektronik

–          Syarikat besar memberi hak kepada IKS untuk mengeluarkan

komponen elektronik yang kecil seperti suis, wayar dll

setelah  dibimbing dan dibantu dari segi kepakaran dan modal.

  1. Industri pemprosesan makanan

–          pemprosesan makanan awet, minuman, biskut dll

1Produk_IKS

  1. Industri kimia

–          keluaran petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia

  1. Industri farmaseutikal

–          pengeluaran ubat-ubatan dan bahan aktif untuk rawatan

penyakit seperti malaria.

KEPENTINGAN IKS

  1. Sumbangan kepada masyarakat

a.   Peluang menceburi bidang perusahaan

b.   Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti

c.   Peluang pekerjaan

d.   Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

  1. Sumbangan kepada negara

a.   Mengurangkan pengangguran

b.   Meningkatkan tabungan dalam ekonomi

c.   Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawarkan

upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir.

d.   Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja

e.   Mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin

dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa.

f.    Mengurangkan import barang pengguna.

NOTA POWERPOINT- 4.Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa
7. Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa
o Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
– setiap Negara berbeza peraturan

6888
o Penggunaan mata wang yang berlainan
– kadar pertukaran mata wang sentiasa berubah
– menjejaskan untung

download
o Penggunaan bahasa yang berlainan
– komunikasi dan dokumen berbeza bahasa
515897860_do_you_speak_english_xlarge_xlarge
o Risiko yang tinggi
– barang hilang / rosak dalam perjalanan
o Cara pembayaran yang berbeza
– cara bayaran merumitkan
– perlu isi borang
– kebenaran kerajaan untuk pindah wang yang banyak
o Keadaan politik
– peperangan mengganggu – berniaga dengan Iraq
o Masalah sukatan dan timbangan
– sistem sukatan dan timbangan berbeza di antara negara
o Dokumentasi yang rumit
– banyak pihak yang terlibat memerlukan penggunaan dokumen yang pelbagai
o Standard dan syarat import
– ada negara ketatkan syarat – contoh. Malaysia perlu sijil asal usul barang
o Kesukaran mendapat maklumat
– terpaksa menjalankan kajian yang kosnya mahal

o Mengatasi Halangan Perniagaan Antarabangsa
– wujudkan kerjasama perniagaan antara dua negara
– buat promosi di luar negara melalui ejen yang dilantik
– beli insurans untuk melindungi risiko barang yang rosak/hilang
– barang yang dikeluarkan berkualiti
memenuhi cita rasa/kehendak orang luar
– dapatkan bantuan kerajaan
pengurangan cukai/bantuan promosi

Latihan Ketika Cuti Tingkatan 5

SOALAN LATIHAN SUBJEKTIF BAB 1

LATIHAN SUBJEKTIF BAB 4 PERNIAGAAN ANTARABANGSA TINGKATAN 4

LATIHAN SUBJEKTIF BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI