Archive for the ‘BAB 1 PERDAGANGAN T4’ Category

NOTA POWERPOINT- 4.Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa
7. Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa
o Prosedur kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
– setiap Negara berbeza peraturan

6888
o Penggunaan mata wang yang berlainan
– kadar pertukaran mata wang sentiasa berubah
– menjejaskan untung

download
o Penggunaan bahasa yang berlainan
– komunikasi dan dokumen berbeza bahasa
515897860_do_you_speak_english_xlarge_xlarge
o Risiko yang tinggi
– barang hilang / rosak dalam perjalanan
o Cara pembayaran yang berbeza
– cara bayaran merumitkan
– perlu isi borang
– kebenaran kerajaan untuk pindah wang yang banyak
o Keadaan politik
– peperangan mengganggu – berniaga dengan Iraq
o Masalah sukatan dan timbangan
– sistem sukatan dan timbangan berbeza di antara negara
o Dokumentasi yang rumit
– banyak pihak yang terlibat memerlukan penggunaan dokumen yang pelbagai
o Standard dan syarat import
– ada negara ketatkan syarat – contoh. Malaysia perlu sijil asal usul barang
o Kesukaran mendapat maklumat
– terpaksa menjalankan kajian yang kosnya mahal

o Mengatasi Halangan Perniagaan Antarabangsa
– wujudkan kerjasama perniagaan antara dua negara
– buat promosi di luar negara melalui ejen yang dilantik
– beli insurans untuk melindungi risiko barang yang rosak/hilang
– barang yang dikeluarkan berkualiti
memenuhi cita rasa/kehendak orang luar
– dapatkan bantuan kerajaan
pengurangan cukai/bantuan promosi

VIDEO YG MUDAH DIFAHAMI

NOTA POWERPOINT- 2.Kepentingan Perniagaan Antarabangsa

3.PROSEDUR IMPORT (DOWNLOAD DISINI)

Prosedur import

  1. Mematuhi kehendak undang-undang

Akta Kastam 1967 – mengawal pengimportan jenis barang

  1. Membuat pesanan

Inden

  • menghantar surat pesanan kepada pengeksport
  • pengimport dapatkan surat jaminan kredit dari bank atas nama
  • pengeksport
  • surat kredit dihantar bersama inden
  • pengimport tunggu pengesahan pengeksport

Saluran import

  • secara langsung
  • berhubung terus tanpa orang tengah dengan kemudahan komunikasi dan barang juga dihantar terus kepada pengimport
  • pejabat cawangan
  • kepunyaan pengeksport terletak di Negara pengimport atau pengeksport
  • ejen import
  • khusus import barang, dibayar komisen mengikut kuantiti barang diimport
  • saudagar import
  • orang tengah yang mengendalikan hal teknikal untuk menjaga kepentingan pengeksport dan Pengimport
  • lain-lain
  • ejen pengembara melalui ekspo, pameran dan rombongan perdagangan
  1. Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran

pengimport menunggu ketibaan bil muatan, invois eksport, surat jaminan

kredit dan bil perintah bayar yang dihantar menerusi bank selepas bayaran

dibuat

  1. Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953
  • bayaran import memenuhi akta
  • bayaran ke luar negara melebihi RM10 000 mesti mendapat persetujuan pihak
  • berkuasa
  • Borang KPW – membeli mata wang asing
  • Borang KPW2-memindahkan mata wang ringgit ke luar Negara
  1. Ketibaan barang import di pelabuhan dan membuat persiapan menerima barang

i.    syarikat perkapalan hantar notis pemberitahuan kepada pengimport tentang

ii.    tarikh ketibaan kapal di pelabuhan

  1. Menuntut barang dan membiayai duti kastam

i.    bil muatan, lessen import, sijil insurans dan invois eksport disediakan

ii.    pengimport untuk pihak kastam

iii.    barang tidak bercukai – pengimport isi borang kemasukan barang percuma

iv.    barang bercukai – borang kemasukan barang bercukai

v.    kemasukan untuk kegunaan dalam negeri – bawa keluar barang serta-merta

vi.    lepas bayar duti kastam

vii.    kemasukan untuk pergudangan – menangguh bayar cukai – simpan dalam

viii.    gudang berbon

  1. Memeriksa barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan

i.    periksa barang pasti tiada kerosakan

ii.    kerosakan yang tidak tercatat dalam bil muatan – tuntut ganti rugi daripada

iii.    syarikat insurans

BIL MUATAN:

 

bill_of_lading

1.Perniagaan Antarabangsa

PERDAGANGAN TINGKATAN 4

BAB 4 : Perniagaan Antarabangsa.

  1. Maksud Perniagaan Antarabangsa.
  • kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
  • ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
  • Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.
  1. Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

–     Perbezaan sumber alam semulajadi.

  • sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
  • sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

–          Perbezaan kos pengeluaran.

  • sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain.
  • barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

–          Perbezaan tingkat teknologi

  • Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

–          Hubungan antarabangsa.

  • interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
  • hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia
  1. Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara

–          Kepentingan Kepada Pengguna

  • Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

– sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk

memenuhi  keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.

– Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.

  • Mempelbagaikan pilihan pengguna.

– Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.

– Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di

  • Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.

– Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan.

– Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.

– Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan

– meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.

– Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.

  • Meningkatkan taraf hidup.

– ia dapat memenuhi kehendak pengguna

– mempelbagaikan pilihan pengguna

– menikmati barang berkualiti pada harga rendah

– menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan

– memenuhi cita rasa pengguna

  • Menambahkan peluang pekerjaan.

– perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.

  • Menambahkan pengetahuan dan pengalaman

– pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

Kepentingan Kepada Pengeluar

  • Pasaran yang lebih luas

– kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.

  • Pengeluaran berskala besar

– pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan

kepakaran

– pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas

– firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran,

meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih

berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan

  • Pertukaran pengetahuan dan teknologi

– hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi

– pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran

  • Lebih banyak sumber bekalan diperoleh

– pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah

– bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi

membolehkan proses pengeluaran berterusan

  • Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang

– ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas.

– kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

Kepentingan Kepada Negara

  • Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan

– melalui duti kastam ke atas import dan eksport

– cukai pendapatan ke atas keuntungan

– kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara

  • Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa

– hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik,    kebudayaan dan teknologi

  • Mendapat pertukaran asing

– kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk

– pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan

  • Mengurangkan pengangguran

– pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan

  • Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran

– mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain

  • Meningkatkan imbangan pembayaran negara

– penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal

– imbangan pembayaran positif

  1. Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

–          Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

  • Urusniaga yang berasaskan pertukaran

– melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang

– nilai pertukaran diukur dengan mata wang

  • Matlamat untuk mencari keuntungan

– ganjaran kepada pengusaha perniagaan

  • Memenuhi keperluan dan kehendak manusia

– menerusi proses jual beli

  • Mengamalkan pengkhususan

– guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan

  • Memerlukan factor-faktor pengeluaran yang sama

– gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan lancar

  • Memerlukan bantuan perniagaan yang sama

– melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka bantuan perniagan digunakan

 

Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri

Perniagaan Antarabangsa

1. ia merangkumi aktiviti borong dan runcit

1. ia merangkumi aktiviti import,eksport dan entreport

2. jenis pengangkutan yang biasadigunakan ialah kereta api, lori, van

2. jenis pengangkutan yang biasadigunakan ialah kapal laut ataukapal terbang

3. tidak wujud banyak sekatankepada peniaga

3. wujud pelbagai sekatanperdagangan antarabangsaseperti tariff, kuota,  embargo

4. Aktivitinya hanya dijalankandalam negeri sahaja

4. Aktivitinya merentasi sempadanNegara

5. Melibatkan penggunaan satu jenismata wang saja

5. melibatkan penggunaanpelbagai mata wang asing

6. perniagaan ini menghadapitingkat risiko yang lebih rendah

6. Perniagaan ini menghadapitingkat risiko yang lebih tinggi

7. melibatkan penggunaandokumentasi yang lebih mudahberbanding perniagaanantarabangsa

7. melibatkan penggunaandokumentasi yang lebih rumit

žSEMUA AKTIVITI ATAU USAHA PRODUKTIF YANG DILAKUKAN BAGI MEMUASKAN KEHENDAK DAN KEPERLUAN.
žJUGA DIKENALI SEBAGAI SATU PROSES PENCIPTAAN UTILITI DAN FAEDAH
 
1) NILAI FAEDAH MILIKAN (PERTUKARAN MILIKAN SESUATU BARANG DARI PENJUAL KEPADA PEMBELI)
2) NILAI FAEDAH MASA (SESUATU BARANGAN DISIMPAN DIDALAM GUDANG BAGI DIGUNAKAN PADA TEMPOH MASA TERTENTU/KETIKA DIPERLUKAN)
3)NILAI FAEDAH BENTUK (PERUBAHAN SESUATU BENTUK,DARI SUMBER ASAL KEPADA SATU PRODUK BARU)
4)NILAI FAEDAH TEMPAT (PERUBAHAN TEMPAT DARI SATU KAWASAN KE SATU KAWASAN LAIN YANG BERBEZA)
 
CONTOH BERGAMBAR DARI POWERPOINT BERIKUT
 
 
 
 

MAKSUD PENGELUARAN DAN CONTOH NILAI F

PENGKHUSUSAN

Posted: December 2, 2013 in BAB 1 PERDAGANGAN T4
Tags:

MAKSUD PENGKHUSUSAN

  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

 

JENIS PENGKHUSUSAN

  1. Pengkhususan mengikut profesion
    • Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll

Image

  1. Pengkhususan mengikut proses
    • Pembahagian kerja dikilang
    • Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    • Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll

Image

                       rajah; proses menanam padi

  1. Pengkhususan mengikut kawasan
    • Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    • Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang

Image

  1. Pengkhususan antarabangsa
    • Perbezaan pengeluaran antara   negara
    • Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

 Image

 kelebihan /kekurangan:

 Image

 

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN

  • Meningkatkan pengeluaran
  • Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
  • Meningkatkan kualiti
  • Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
  • Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
  • Meningkatkan kemahiran
  • Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
  • Meningkatkan peluang pekerjaan

 

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN

  • Pekerja mudah bosan
  • Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
  • Tidak kreatif
  • Susah berpindah ke pekerjaan lain
  • Kos beli mesin mahal
  • Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
  • Boleh tergendala jika satu proses terhenti
  • Kos latih pekerja mahal
  • Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

 

DOWNLOAD NOTA: MAKSUD PENGKHUSUSAN

untuk mengeluarkan sesuatu produk,menghasilkan sesuatu perkhidmatan faktor pengeluaran penting bagi memastikan matlamat tersebut berjaya dicapai.umumnya faktor pengeluaran terbahagi kepada 4;tanah,modal,buruh dan usahawan.

Image

 

usahawan

Image

 

modal

 

 

Image

 

buruh

 

Image

 

tanah

BACA LANJUT DISINI NOTA POWERPOINT RINGKAS:

FAKTOR FAKTOR PENGELUARAN

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

KEPERLUAN- asas kehidupan,perlu ada untuk hidup,bukan pilihan tapi kemestian (air,udara,pakaian,makanan)

KEHENDAK-hajat seseorang,berbeza mengikut individu,tidak semestinya perlu ada,sebagai pelengkap/memudahkan hidup,lebih kepada kepuasan peribadi( kereta mewah,rumah banglo dsb)

kenali hierarki keperluan maslow (SPM02,04,06)

Terdapat 5 tahap keperluan yg disenaraikan oleh abraham maslow,dimana pada tahap 1 (paling bawah) menunjukkan tahap keperluan yg paling penting dalam hidup diikuti tahap 2,3,4,dan 5.
Tahap 1-keperluan utk hidup (makanan,pakaian)
Tahap 2-keperluan keselamatan (bebas dr bahaya)
Tahap 3-keperluan kasih sayang (keluarga,rakan)
Tahap 4-keperluan penghargaan (dihormati,dihargai,disanjungi)
Tahap 5-keperluan sempurna kendiri (dapat mencapai cita cita/sasaran hidup utk kepuasan diri sendiri)