VIDEO YG MUDAH DIFAHAMI

Advertisements

NOTA POWERPOINT- 2.Kepentingan Perniagaan Antarabangsa

3.PROSEDUR IMPORT (DOWNLOAD DISINI)

Prosedur import

  1. Mematuhi kehendak undang-undang

Akta Kastam 1967 – mengawal pengimportan jenis barang

  1. Membuat pesanan

Inden

  • menghantar surat pesanan kepada pengeksport
  • pengimport dapatkan surat jaminan kredit dari bank atas nama
  • pengeksport
  • surat kredit dihantar bersama inden
  • pengimport tunggu pengesahan pengeksport

Saluran import

  • secara langsung
  • berhubung terus tanpa orang tengah dengan kemudahan komunikasi dan barang juga dihantar terus kepada pengimport
  • pejabat cawangan
  • kepunyaan pengeksport terletak di Negara pengimport atau pengeksport
  • ejen import
  • khusus import barang, dibayar komisen mengikut kuantiti barang diimport
  • saudagar import
  • orang tengah yang mengendalikan hal teknikal untuk menjaga kepentingan pengeksport dan Pengimport
  • lain-lain
  • ejen pengembara melalui ekspo, pameran dan rombongan perdagangan
  1. Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran

pengimport menunggu ketibaan bil muatan, invois eksport, surat jaminan

kredit dan bil perintah bayar yang dihantar menerusi bank selepas bayaran

dibuat

  1. Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953
  • bayaran import memenuhi akta
  • bayaran ke luar negara melebihi RM10 000 mesti mendapat persetujuan pihak
  • berkuasa
  • Borang KPW – membeli mata wang asing
  • Borang KPW2-memindahkan mata wang ringgit ke luar Negara
  1. Ketibaan barang import di pelabuhan dan membuat persiapan menerima barang

i.    syarikat perkapalan hantar notis pemberitahuan kepada pengimport tentang

ii.    tarikh ketibaan kapal di pelabuhan

  1. Menuntut barang dan membiayai duti kastam

i.    bil muatan, lessen import, sijil insurans dan invois eksport disediakan

ii.    pengimport untuk pihak kastam

iii.    barang tidak bercukai – pengimport isi borang kemasukan barang percuma

iv.    barang bercukai – borang kemasukan barang bercukai

v.    kemasukan untuk kegunaan dalam negeri – bawa keluar barang serta-merta

vi.    lepas bayar duti kastam

vii.    kemasukan untuk pergudangan – menangguh bayar cukai – simpan dalam

viii.    gudang berbon

  1. Memeriksa barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan

i.    periksa barang pasti tiada kerosakan

ii.    kerosakan yang tidak tercatat dalam bil muatan – tuntut ganti rugi daripada

iii.    syarikat insurans

BIL MUATAN:

 

bill_of_lading

1.Perniagaan Antarabangsa

PERDAGANGAN TINGKATAN 4

BAB 4 : Perniagaan Antarabangsa.

  1. Maksud Perniagaan Antarabangsa.
  • kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
  • ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
  • Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.
  1. Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

–     Perbezaan sumber alam semulajadi.

  • sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
  • sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

–          Perbezaan kos pengeluaran.

  • sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan dengan kos paling minima berbanding negara lain.
  • barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

–          Perbezaan tingkat teknologi

  • Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

–          Hubungan antarabangsa.

  • interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli dan penjual.
  • hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di dunia
  1. Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara

–          Kepentingan Kepada Pengguna

  • Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

– sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk

memenuhi  keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.

– Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.

  • Mempelbagaikan pilihan pengguna.

– Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.

– Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di

  • Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.

– Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan pengeluaran skala besar dijalankan.

– Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.

– Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar tempatan

– meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.

– Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang rendah.

  • Meningkatkan taraf hidup.

– ia dapat memenuhi kehendak pengguna

– mempelbagaikan pilihan pengguna

– menikmati barang berkualiti pada harga rendah

– menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan

– memenuhi cita rasa pengguna

  • Menambahkan peluang pekerjaan.

– perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.

  • Menambahkan pengetahuan dan pengalaman

– pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu pengetahuan dari negara lain.

Kepentingan Kepada Pengeluar

  • Pasaran yang lebih luas

– kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.

  • Pengeluaran berskala besar

– pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan

kepakaran

– pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas

– firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran,

meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih

berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan

  • Pertukaran pengetahuan dan teknologi

– hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi

– pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran

  • Lebih banyak sumber bekalan diperoleh

– pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah

– bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi

membolehkan proses pengeluaran berterusan

  • Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang

– ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas.

– kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

Kepentingan Kepada Negara

  • Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan

– melalui duti kastam ke atas import dan eksport

– cukai pendapatan ke atas keuntungan

– kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara

  • Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa

– hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik,    kebudayaan dan teknologi

  • Mendapat pertukaran asing

– kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk

– pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan

  • Mengurangkan pengangguran

– pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan

  • Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran

– mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain

  • Meningkatkan imbangan pembayaran negara

– penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal

– imbangan pembayaran positif

  1. Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

–          Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

  • Urusniaga yang berasaskan pertukaran

– melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang

– nilai pertukaran diukur dengan mata wang

  • Matlamat untuk mencari keuntungan

– ganjaran kepada pengusaha perniagaan

  • Memenuhi keperluan dan kehendak manusia

– menerusi proses jual beli

  • Mengamalkan pengkhususan

– guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan

  • Memerlukan factor-faktor pengeluaran yang sama

– gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan lancar

  • Memerlukan bantuan perniagaan yang sama

– melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka bantuan perniagan digunakan

 

Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri

Perniagaan Antarabangsa

1. ia merangkumi aktiviti borong dan runcit

1. ia merangkumi aktiviti import,eksport dan entreport

2. jenis pengangkutan yang biasadigunakan ialah kereta api, lori, van

2. jenis pengangkutan yang biasadigunakan ialah kapal laut ataukapal terbang

3. tidak wujud banyak sekatankepada peniaga

3. wujud pelbagai sekatanperdagangan antarabangsaseperti tariff, kuota,  embargo

4. Aktivitinya hanya dijalankandalam negeri sahaja

4. Aktivitinya merentasi sempadanNegara

5. Melibatkan penggunaan satu jenismata wang saja

5. melibatkan penggunaanpelbagai mata wang asing

6. perniagaan ini menghadapitingkat risiko yang lebih rendah

6. Perniagaan ini menghadapitingkat risiko yang lebih tinggi

7. melibatkan penggunaandokumentasi yang lebih mudahberbanding perniagaanantarabangsa

7. melibatkan penggunaandokumentasi yang lebih rumit

ISTILAH BAB 2 INSURANS

Posted: May 8, 2014 in KAMUS T5

images

 

INSURER- SYARIKAT INSURANS YG MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA INSURED

INSURED-AHLI/PELANGGAN YANG MEMBELI POLISI INSURANS

PREMIUM-BAYARAN/SUMBANGAN YANG DIBERI OLEH INSURED KEPADA DANA INSURANS (BAYARAN BULANAN)

POLISI INSURANS- SUATU PERJANJIAN ATAU KONTRTAK ANTARA INSURED DAN INSURER

RISIKO-KEBARANGKALIAN SESUATU KEMALANGAN/KEJADIAN BERLAKU

TAKAFUL-SKIM INSURANS ISLAM BERASASKAN HUKUM SYARAK DGN PRINSIP MUDHARABAH DAN TABARRUK

TAKAFUL KELUARGA- MEMBERI PERLINDUNGAN INDIVIDU ATAU KELUARGA AKIBAT KEMALANGAN @ KEMATIAN PESERTA

TAKAFUL AM- PERLINDUNGAN KEPADA HARTA, BANGUNAN, DAN BARANG DARI RISIKO KEROSAKKAN

RISIKO BOLEH INSURANS- KEKERAPAN KEJADIAN BOLEH BERLAKU

RISIKO TIDAK BOLEH DIINSURANS-RISIKO KEJADIAN TIDAK BOLEH DIJANGKA

 

NSURER

KEPENTINGAN INSURANS DEMI MASA DEPAN KELUARGA

Video  —  Posted: May 8, 2014 in BAB 2 INSURANS

Image

contoh syarikat insurans

 

Dalam bab sebelum ini ada dinyatakan mengenai perbezaan antara sistem insurans konvensional dan islam. Di malaysia, isu ini menjadi satu intipati penting bagi pelanggan menilai sebaik baiknya sebelum membeli polisi insurans dengan syarikat tertentu. 

SYARIKAT YANG DIKENAL PASTI DI BAWAH KONVENSIONAL BOLEH DI RUJUK MELALUI:

http://www.rozman-takaful.com/2012/07/syarikat-insurans-konvensional-di.html

 

MANAKALA SYARIKAT YANG MENJALANKAN INSURANS ISLAM (TAKAFUL) BOLEH DIRUJUK 

http://www.rozman-takaful.com/2012/07/senarai-syarikat-takaful-di-malaysia.html

 

LAMAN WEB TAKAFUL http://www.takaful-malaysia.com.my/Home/pages/default.aspx

INSURANS

Posted: May 3, 2014 in BAB 2 INSURANS
Tags:

PERDAGANGAN TINGKATAN 5

BAB 2: INSURANS

 

Image

ISTILAH DALAM INSURANS

  • Insurer           –        Syarikat insurans yang memberi perlindungan
  • Insured          –        Orang yang membili polisi insurans
  • Premium       –        Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk dapatkan    perlindungan
  • Polisi               –        Perjanjian antara insurer dan insured
  • Pampasan     –        gantirugi yang dibayar jika berlaku risiko

PERANAN INSURANS

Kepada Peniaga

  • Melindungi dari risiko
  • Dapat pampas an jika risiko berlaku
  • Lebih yakin untuk majukan perniagaan

Kepada Individu

  • Melindungi individu dan keluarga dari risiko
  • Jaminan masa depan
  • Dapat pampasan jika berlaku risiko
  • Satu cara menabung
  • Jika mati – waris dapat pampasan

Kepada negara

  • Membangunkan ekonimi negara
  • Wang premium dilabur untuk bangunkan ekonimi
  • Atau untuk beli bon
  • Memberi peluang pekerjaan
  • Taraf hidup rakyat meningkat

SYARIKAT INSURANS BOLEH BAYAR GANTI RUGI BESAR WALAUPUN PREMIUM RENDAH KERANA:

  • Individu yang mungkin alami risiko yang sama berkumpul
  • Untuk menabung dalam satu dana
  • Jika berlaku risiko, sebahagian wang dari dana
  • Dikeluarkan untuk bayar pampasan
  • Lebihan wang dana dilabur
  • Bukan semua individu akan kena risiko
  • Yang ramai membantu yang sedikit

 

BEZA RISIKO BOLEH INSURANS DAN RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS

RISIKO BOLEH INSURANS

RISIKO TIDAK BOLEH INSURANS

  • Risiko boleh dikira secara statistik. Ada rekod kejadian lalu
  •  Tidak doleh dikira. Tiada rekod kejadian
  •  Kadar premium boleh ditetapkan
  •  Kadar premium sukar ditetapkan
  •  Cth: Kebakaran,kecurian
  •  Cth: Perubahan fesyen, hutang lapuk

PRINSIP-PRINSIP INSURANS

  1. Kepentingan boleh diinsurans
  • Hanya boleh insuranskan nyawa/harta  yang akan sebabkan  kerugian jika berlaku risiko
  • Tidak boleh insuranskan hak orang lain
  • Untuk elakkan orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain

2.   Penuh Percaya Mutlak

  • Insured mesti memberi maklumat benar
  • Insurer perlu terangkan polisi dengan jelas
  • Jika ada penipuan
  • Polisi terbatal

Image

3. Indemniti

  • Untuk semua insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan
  • Gantirugi dibayar setakat kerugian akibat risiko
  • Bukan untuk dapat untung

3 perkara yang diambilkira dalam indemniti:

  1.            Sumbangan
  2.           Subrogasi
  3.           Doktrin punca hampiran
  • Jika Insured ada 2 atau lebih polisi
  • Bila risiko berlaku – gantirugi dibahagi sama rata antara syarikat insurans
  • Selepas terima gantirugi
  • Aset adalah milik insurer
  • Insured tidak boleh tuntut lagi
  • Gantirugi hanya dibayar
  • Jika risiko disebabkan secara langsung oleh
  • Risiko yang diinsuranskan

JENIS INSURANS

Image

INSURANS AM

  • Insurans Kemalangan
  • Insurans kebakaran
  • Insurans marin/penerbangan/Perkapalan
  • Insurans lain

INSURANS HAYAT

  • Insurans hayat seumur Hidup
  • Insurans hayat sementara
  • Insurans endowmen

JENIS INSURANS KEMALANGAN

  1. Insurans Kenderaan Bermotor

Dibahagi kepada 2 jenis:

        i)  Insurans motor pihak ketiga

  • Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
  • Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
  • Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
  • Premium murah
  • Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini

        ii)  Insurans Motor Komprehensif

  • Melindungi insured dan pihak ketiga
  • Premium lebih mahal
  • Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini

 

2. Insurans Kemalangan Peribadi

  • Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerja.

3. Insurans Liabiliti Am

  • Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam
  • Jika risiko berlaku dipremis
  • Insurans Liabiliti Produk – melindungi pengeluar produk
  • Insurans Liabiliti Profesional- melindungi  dari tuntutan orang awam

4. Insurans Liabiliti Majikan

  • Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
  • Premium dibayar oleh majikan
  • Majikan mencarum dalam Perkeso

–          Skim Pencen Ilat – perlindungan  pekerja hilang upaya yang bukan

disebabkan pekerjaan

–          Skim bencana pekerjaan-  kemalangan tempat kerja

5. Insurans Kebakaran

  • Melindungi peniaga dari  risiko kebakaran
  • Premium bergantung kepada:

–          Jenis bangunan

–          Kedudukan bangunan

–          Kegunaan bangunan

–          Kemudahan  keselamatan disediakan

–          Tempoh lindungan

Insurans Hayat

Tujuan:

  • Menyediakan pendapatan kepada waris
  • Cara menabung untuk masa depan
  • Dapat balik simpanan dan bonus pada tarikh matang
  • Dapat pampasan jika risiko berlaku
  • Boleh buat pinjaman setelah beberapa tahun

JENIS POLISI INSURANS HAYAT

  1. Insurans Hayat Seumur Hidup
  • Premium dibayar seumur hidup atau ada had tertentu
  • Pampasan dibayar kepada waris jika insured mati
  • Jika insured hilang upaya/kritikal – pampasan akan diberi
  • Beri perlindungan kepada waris

2. Insurans Endowmen

  • Bayar premium untuk tempoh tertentu
  • Jika tidak mati – wang dan bonus dapat balim pada tarikh matang
  • Jika mati awal pampasan dibayar pada waris
  • Satu cara menabung

3. Insurans hayat sementara

  • Beri perlindungan mengikut tempoh
  • Jika mati waris dapat pampasan
  • Jika masih hidup premium hilang
  • Bukan satu cara menabung
  • Premium murah

Insurans Penerbangan

  • Beri perlindungan kepada kapal terbang /muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
  • Untuk penumpang ada insurans berkelompok

 

Insurans Marin

  • Beri perlindungan kepada kapal/muatan/anak kapal dari risiko
  • Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu

Jenis Insurans Lain:

  • Insurans Kecurian  – melindungi dari kecurian wang/harta
  • Jaminan Setia – melindungi majikan dari pekerja  tidak amanah
  • Insurans kesihatan – perlindungan dari kos hospital
  • Insurans pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
  • Insurans Gadaian – untuk  orang yang buat pinjaman

INSURANS SECARA ISLAM

 

Image

KONSEP TAKAFUL:

–  Diuruskan berdasarkan hokum syariah

–   Guna 3 prinsip insurans biasa, ditambah:

  1.     Mudharabah – Perkongsian untung
  2.    Tabaruk – derma dengan ikhlas/wujud dana bersama

Dijalankan dengan asas:

  • Tiada Gharar – ketidakpastian
  • Tiada Maisir – perjudian
  • Tiada Riba – faedah

PRODUK SKIM TAKAFUL:

Takaful keluarga –  seperti insurans hayat

Takaful Am – perlindungan kepada risiko lain spt kebakaran, kecurian, kemalangan

TATACARA MEMBELI INSURANS:

  1. Hubungi ejen
  2. Dapatkan maklumat tentang polisi dan syarat
  3. Dapatkan borang, Isi dengan ‘Prinsip Penuh Percaya Mutlak’
  4. Turunkan tanda tangan setelah persetujuan dicapai
  5. Bayar premium
  6. Dapatkan nota lindungan
  7. dapatkan polisi asal ( Dalam masa 1 bulan)

TATACARA MEMBUAT TUNTUTAN:

  1. Bila risiko berlaku:

–          buat laporan polis, bomba/hospital

–          dapatkan dokumentasi sebagai bukti

2.    Dapatkan borang tuntutan dari insurer. Isikan butir:

–          Bila / Bagaimana berlaku

–          Jumlah kerugian

3.   Hantar borang kepada insurer berserta:

–          Polisi / dokumen hak milik/geran

–          dokumen bukti / gambar –jika ada

4.  Insurer buat siasatan samada:

–          Jumlah tuntutan benar

–          Syarat dalam polisi dipatuhi

–          Wujud unsure pengkhinatan

5.  Jika semua OK , pampasan dibayar.

 Image

Image

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan tunai.

 

tunai diterima sebaik sahaja barang atau perkhidmatan diserah kpd pelanggan

  1. diamalkan oleh peruncit besar-besaran – prinsip ‘volum besar untung sedikit’
  2. juga mesin peruncitan automatik & kedai perkhidmatan
  3. kutipan boleh digunakan – tanggung belanja operasi harian
  4. jualan murah – kukuhkan tunai

 

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan jualan tunai kepada penjual dan pembeli.

 

Kelebihan kpd Penjual

1.    Mengelak – hutang lapuk

2.    Mendapat diskaun tunai

3.    Tunai dikutip – dilabur semula

4.    Tunai kukuh – Meningkatkan imej kredit

5.    Kurang belanja merekod hutang

6.    Boleh beroperasi – walaupun modal kecil

7.    harga lebih murah – jualan meningkat

Kelebihan kpd Pembeli

  1. Belanja dihadkan – pegangan tunai
  2. Mendapat harga yg lebih murah
  3. Terpaksa merancang – batasan tunai
  4. Tidak dibeban – hutang

Kekurangan kpd Penjual

  1. Hilang pelanggan – tak mampu
  2. Tidak sesuai – barang mahal
  3. Saingan – jualan kredit

Kekurangan kpd Pembeli

  1. Tidak dapat – menikmati barang mewah
  2. Kerana kurang tunai seperti kereta
  3. Menanggung kesan inflasi
  4. Barang yang tak dapat dibeli – naik harga

 

 

Jualan KREDIT

 

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan kredit.

 

Membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum harganya dijelaskan

  1. diamalkan meluas – antara pemborong dgn peruncit
  2. bekal barang – syarat kredit 3 hingga 6 bulan
  3. tempoh kredit – masa mengumpul tunai
  4. jika tidak bayar – bekalan diputus atau faedah dikenakan
  5. bolehkan peruncit kecil-kecilan beroperasi
  6. satu adat perniagaan – tanpa perjanjian resmi
  7. kadang kala – sedikit pendahuluan atau cengkeram
  8. baki – sekali gus atau ansuran
  9. harga lebih mahal – mengenakan faedah

10. dua jenis – bayaran tertunda & sewa beli

 

Bayaran tertunda

 

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud bayaran tertunda.

 

  1. Barang – jadi milik pembeli – selepas bayar pendahuluan
  2. & tandatangan perjanjian
  3. baki – ansuran
  4. tidak bayar – pembeli akan dakwa
  5. tidak boleh tarik barang – kerana nilai jualan semula barang rendah
  6. ciri-ciri barang – tidak tahan lama, nilai terpakai rendah cth jam tangan & mengikut keperluan individu cth cermin mata

 

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan bayaran tertunda kepada penjual dan pembeli.

 

Kelebihan kpd Penjual

  1. menambah jualan – termasuk barang yg tidak terjual secara tunai
  2. harga jualan lebih tinggi – mengenakan faedah

Kekurangan kpd Penjual

  1. hutang lapuk
  2. Tidak boleh tarik barang

Kelebihan kpd Pembeli

  1. Menikmati barang – walaupun belum jelas bayaran
  2. tidak boleh tarik balik barang

Kekurangan kpd Pembeli

  1. boleh didakwa di mahkamah
  2. harga tinggi

 

 

Sewa beli

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud sewa beli.

  1. Barang – boleh diguna pembeli – selepas bayar pendahuluan

& tandatangan perjanjian

  1. baki – ansuran
  2. tidak bayar – boleh tarik balik
  3. ciri-ciri barang – tahan lama

 

Contoh pengiraan faedah dan ansuran bulanan

Sebuah motosikal dijual secara sewa beli dengan harga RM4 000. Pembeli dikenakan bayaran pendahuluan sebanyak 20% dan faedah 10% setahun di kenakan atas baki. Kirakan jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli jika tempoh adalah 2 tahun.

 

Harga tunai                                                             RM4 000

Pendahuluan 20%   (RM4 000 x 20%)                       RM   800

Baki                                                                       RM3 200

Faedah 10% setahun atas baki selama 2 tahun

(RM3 200 x 10% x 2 tahun)                           RM   640

Jumlah hutang (RM3 200 + RM 640)                         RM3 840

Ansuran bulanan (RM3 480 / RM  24)                         RM  160

 

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan sewa beli kepada penjual dan pembeli.

 

Kelebihan kpd Penjual

  1. menambah jualan – termasuk barang yg tidak terjual secara tunai
  2. harga jualan lebih tinggi – mengenakan faedah
  3. boleh tarik barang

Kekurangan kpd Penjual

  1. hutang lapuk
  2. rugi jika barang yg ditarik – rosak
  3. belanja merekod hutang
  4. modal besar

Kelebihan kpd Pembeli

  1. Menikmati barang – sambil buat bayaran
  2. digalakkan berjimat – kena bayar ansuran
  3. boleh guna barang cari pendapatan
  4. taraf hidup meningkat
  5. menguji pakai – henti bayar jika mutu rendah

Kekurangan kpd Pembeli

  1. barang ditarik balik – jejas ketenteraman hidup
  2. harga tinggi
  3. terdorong berbelanja melebihi kemampuan
  4. membebankan – jejas bidang lain yg penting
  5. mewah sekarang, derita kemudian

 

 

Soalan : Huraikan Perbezaan antara Bayaran tertunda & sewa beli.

 

Bayaran tertunda

sewa beli.

1. Selepas bayar pendahuluan

dimiliki pembeli

boleh diguna pembeli

3. Perjanjian & pulang barang

boleh mendakwa jika tak bayar

menarik balik barang jika tak bayar

3. Perjanjian & pulang barang

tidak boleh batal perjanjian & pulang barang

boleh batal perjanjian & pulang barang jika tidak sesuai

4. Barang yg sesuai

bernilai rendah cth cermin mata

tahan lama & nilai terpakai tinggi cth bas

 

JUALAN PRABAYAR

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan pra bayar.

Maksud

Memerlukan pembeli bayar dahulu sebelum barang jualan atau perkhidmatan diserah kpdnya

Ciri-ciri

  1. diamalkan dlm bidang komunikasi cth kad telefon
  2. digunakan apabila kewangan pengguna diragui
  3. jika belian dilakukan secara internet (belian secara talian terus)

 

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan jualan prabayar kepada penjual dan pembeli.

 

Kelebihan kpd Penjual

  1. meluaskan pasaran
  2. pasaran terjamin
  3. tunai – dikutip dahulu
  4. tiada – hutang lapuk

Kekurangan kpd Penjual

  1. pasaran merosot
  2. sesuai bidang perkhidmatan sahaja

Kelebihan kpd Pembeli

  1. mengawal belanja
  2. Mendapat harga yg lebih murah – diskaun
  3. dapat perkhidmatan – cepat

Kekurangan kpd Pembeli

  1. terpaksa bayar – belum terima perkhidmatan
  2. kad rosak – tidak boleh tuntut

 

JUALAN KONSAINAN

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan konsainan.

Maksud

Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk dijual dengan syarat barang akan dipulang balik sekiranya tidak terjual cth jualan kereta lama, karya pelukis

 

Ciri-ciri

  1. Hak milik dipegang oleh konsainor – sehingga barang dijual
  2. Konsaini – mengutip & mengirim hasil jualan setelah ditolak komisen
  3. Konsaini – tidak bayar kos barang – hanya ejen jualan
  4. Konsaini – menyimpan & mengawal barang – tidak bertanggung jawab – rosak, curi, hilang
  5. Barang yg tidak terjual – pulang balik tanpa kena kos kpd konsaini

 

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan jualan konsainan kepada konsainor dan konsaini.

Kelebihan kpd konsainor

  1. serah kerja jualan – jimat masa
  2. serah kpd pihak yg ada rangkaian pemasaran & reputasi
  3. bayar sedikit komisen

Kekurangan kpd konsainor

  1. menanggung risiko rosak, curi, hilang – barang dipegang org lain
  2. barang dipulang balik – usang, tamat tempoh
  3. barang tidak disenggara
  4. mungkin tidak dibayar – tindakan udg2 rumit khasnya luar negara

Kelebihan kpd Konsaini

  1. tidak bayar kos barang
  2. tidak menanggung risiko – rosak, curi, hilang
  3. jual bg pihak banyak konsainor – kos jualan disebarkan

Kekurangan kpd Konsaini

  1. tidak bebas urus jualan – terikat dgn syarat konsainan
  2. sedia tempat jualan yg luas

 

NOTA POWERPOINT:

Kaedah Jualan

DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Dokumen perniagaan dalam negeri

 

Image