Posts Tagged ‘BAB 6 PEMILIKAN PERNIAGAAN’

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN 

NOTA POWERPOINT: JENIS MILIKAN PERNIAGAAN

download

  1.       MILIKAN TUNGGAL

–        perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar atas namanya

–        dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh pemilik

–        pemilik menanggung liabiliti tidak terhad

–        keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan individu.

Cara Menubuhkan Milikan Tunggal

– Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965

  1. Permohonan carian nama – Borang PNA 42
  2. Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
  3. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan – Borang D

 karto33

  1. PERKONGSIAN

–        perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak melebihi 20 orang

–        pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah

Akta Perkongsian 1961

–        ada tiga jenis rakan kongsi

  1.       Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat aktif dalam perniagaan
  2.      Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak terlibat dalam perniagaan.
  3.      Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi membenarkan nama

           disenaraikan sebagai salah seorang pemilik.

 –        semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad

–        agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah ditetapkan.

–        keuntungan perkongsian tertakluk  kepada cukai pendapatan perseorangan.

Cara Menubuhkan Perkongsian

–        sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali mengisi

Borang A – Halaman 3

  1. Permohonan carian nama – Borang PNA 42
  2. Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
  3. Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan

 DSC01616

  1. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD 

–        mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham

–        perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat terdiri daripada

ahli keluarga dan sahabat handai.

–        semua pemilik menanggung liabiliti terhad

–        saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham

dibuat dengan persetujuan ahli

–        syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan

pemegang saham syarikat itu.

–        keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam

bentuk dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.

Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad

–        ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965

  1. Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
  2. Permohonan untuk mendaftar syarikat  dengan mengemukakan:
  3.        Tatawujud syarikat – dokumen mengenai fakta

penubuhan  syarikat

  1.       Tataurus syarikat – mengenai peraturan dan prosedur

pengurusan dalam syarikat.

iii.      Borang 6 (Perakuan Pematuhan)

  1. Borang 48 A (Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
  2. Borang 48 F (Pengakuan sebelum perlantikan

sebagai setiausaha)

  1. Serahan dokumen
  2. Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan  pemerbadanan syarikat – Borang D

 Slide2

  1. SYARIKAT AWAM BERHAD

–        perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual kepada orang

ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.

–        saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh dipindah milik

melalui bursa saham.

–        pemegang saham dua orang dan tiada bilangan maksimum.

–        pemegang saham menanggung  liabiliti terhad

–        disenaraikan di bursa saham

–        Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga Pengarah

yang dilantik .

–        Pemegang syer  yang memiliki lebih 51% akan menguasai

Lembaga Pengarah dan kawalan syarikat

–        ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham

–        Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai

setiap tahun.

–        cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.

Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad

–        sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:

  1.       Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,

Akta Syarikat 1965

  1.       Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
  2.       Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti

berkaitan prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.

  1.       Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
  2.       Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer

dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan

f         Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar

Syarikat.