Archive for the ‘BAB 5 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA’ Category

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT

FULL NOTA POWERPOINT- Hubungan IKS dgn Industri Berat
email_marketing_event2
1. Pemasaran Bersepadu (Konsep Payung)
– Hampir 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar seperti
membekalkan barang siap dan separa siap.
– Industri kereta memperolehi komponen seperti bateri, pintu,
kusyen dll melalui IKS.
– Melalui pemasaran bersepadu, IKS memperolehi pasaran terjamin
melalui kontrak kerajaan/pasaran terbuka dan bayaran segera.
– Faedah yang diperolehi ialah menambahkan modal perniagaan,
peluang pekerjaan, pengembangan perniagaan, pengurusan lancar
serta mutu dan kuantiti barang ditingkatkan.
Vehicle_Acoustic_Insulation
2. Pengaturan Kontrak Khas
– bermaksud mengikat perjanjian antara frma kecil dengan firma
besar dimana firma kecil berjanji membekalkan keluaran mereka
mengikut syarat dan kriteria ditetapkan.
– Manfaat diperolehi ialah jaminan pasaran keluaran, keluaran dan
keuntungan dapat ditingkatkan dan mendapat pembiayaan daripada
firma yang membeli.
AMIS_CRM_Ban_hang_4
3. Subkontrak
– melibatkan perpindahan pengeluaran satu unit kecil pengeluaran
daripada syarikat besar kepada IKS mengikut syarat dan
kriteria ditetapkan.
– Contoh komponen kereta seperti kusyen dibekalkan oleh IKS
kepada syarikat kereta.
– Manfaat diterima oleh IKS ialah firma besar membiayai
perbelanjaan seperti pembelian bahan mentah, kemudahan kredit
dan jaminan pasaran antarabangsa.
– Skim Perniagaan Vendor merupakan contoh subkontrak
di mana pengeluar sesuatu komponen akan membekalkan
keluaran kepada syarikat besar/multinasional.

VIDEO IKS

Posted: August 7, 2014 in BAB 5 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

IKS-Logo-1107k

Syarikat perkilangan dengan jualan tunai tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

nota powerpoint: BAB 5

CIRI-CIRI

  1. Mengeluarkan hampir semua barang pengguna, barang sokongan industri besar dan yang tidak dapat dikeluarkan oleh industri besar seperti sektor pembuatan makanan.
  2. Organisasi mudah, diasaskan oleh keluarga dan pekerja adalah ahli keluarga dan penduduk setempat/jiran.

3.  Modal terhad menyebabkan penggunaan kaedah intensif buruh. MARA

dan MIDF memberi bantuan modal kerana kesukaran bantuan kredit

daripada institusi kewangan.

  1. Terletak di merata tempat dan kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.
  1. Keluaran tidak menggunakan teknologi tinggi, menggunakan mesin terpakai untuk menjimatkan kos

KEGIATAN IKS

  1. Industri berasaskan sumber

–          berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan operasi.

–          seperti rotan dan kayu dalam kegiatan membuat perabot.

raw_mat_en

  1. Industri berasaskan logam

–          melibatkan kepakaran dan teknologi berkaitan kimpalan,

faundari dan mesin bagi menghasilkan barang logam, komponen jentera seperti membuat alat ganti jentera.

180px-Screws

  1. Industri berasaskan plastik

–          menghasilkan barang pengguna berasaskan sumber bahan

mentah industri petrokimia seperti menghasilkan bekas plastik.

  1. Industri komponen automatif

–          IKS membekalkan komponen automotif kepada industri membuat kenderaan  seperti lampu kereta, kusyen dll setelah mendapat bimbingan, kepakaran dan bantuan teknologi.

  1. Industri komponen elektrik dan elektronik

–          Syarikat besar memberi hak kepada IKS untuk mengeluarkan

komponen elektronik yang kecil seperti suis, wayar dll

setelah  dibimbing dan dibantu dari segi kepakaran dan modal.

  1. Industri pemprosesan makanan

–          pemprosesan makanan awet, minuman, biskut dll

1Produk_IKS

  1. Industri kimia

–          keluaran petroleum, petrokimia, kimia bukan organik, oleokimia

  1. Industri farmaseutikal

–          pengeluaran ubat-ubatan dan bahan aktif untuk rawatan

penyakit seperti malaria.

KEPENTINGAN IKS

  1. Sumbangan kepada masyarakat

a.   Peluang menceburi bidang perusahaan

b.   Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti

c.   Peluang pekerjaan

d.   Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

  1. Sumbangan kepada negara

a.   Mengurangkan pengangguran

b.   Meningkatkan tabungan dalam ekonomi

c.   Pengagihan pendapatan negara lebih adil kerana IKS menawarkan

upah yang lebih tinggi kepada pekerja kurang mahir.

d.   Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja

e.   Mengukuhkan struktur asas industri negara melalui hubung jalin

dan pemindahan teknologi dengan firma besar dan syarikat antarabangsa.

f.    Mengurangkan import barang pengguna.